2025-02-13 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata salah satu usaha yang menarik minat pelabur ialah JSSEZ/Foto PMO
KUALA LUMPUR,13 Februari - Kerajaan komited mengenal pasti ikhtiar baharu bagi memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif di peringkat global,kata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau,antara ikhtiar yang menarik minat pelabur adalah penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) yang mendapat sambutan positif,bukan sahaja dari Singapura tetapi juga negara luar.
"Kita sentiasa memikirkan ikhtiar-ikhtiar baru. Umpamanya,salah satu usaha yang menarik minat pelabur ialah JSSEZ. Itu mendapat sambutan yang sangat baik," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat,Khamis.
Selain itu,kerajaan sedang merangka kerjasama ekonomi dengan Thailand untuk memastikan pembangunan lebih menyeluruh di Perlis,Kedah,Kelantan,dan Terengganu bersama empat wilayah selatan Thailand.
“Kita ada dua mesyuarat,dan 18 Februari ini saya ada satu pertemuan untuk merangka supaya pertumbuhan (di negeri dan wilayah) itu juga berlaku.
"Maknanya insentif-insentif itu tentunya berbeda daripada JSSEZ dengan utara semenanjung dan selatan Thailand supaya lebih merata,” katanya.
Sementara itu di Sarawak pula,kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan hab tenaga bagi rantau ASEAN.
Katanya,ini sejajar dengan kerangka ASEAN Energy Grid yang menghubungkan Malaysia dengan Vietnam,Laos,Kemboja,Thailand,Singapura,Indonesia,dan Filipina.
"Dan dari Sarawak itu disambungkan ke Sabah,ke Kalimantan dan juga ke Filipina. Ini di antara langkah-langkah yang boleh menjana keyakinan.
"Selain itu,kerajaan turut memperkasakan Forest City sebagai pusat kewangan dengan insentif baharu,selain merancang penubuhan pusat skim pejabat keluarga tunggal di Kuala Lumpur yang akan memanfaatkan Financial Centre di Tun Razak Exchange (TRX)," katanya.
Anwar berkata demikian bagi soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai usaha dan insentif kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan berdaya saing.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur