2025-02-13 HaiPress

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM,Nasaruddin Mutalib
BUKIT BENDERA,13 Februari- Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini,Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) tampil melancarkan Bank Suara RTM dengan mengimplimentasikan kecerdasan buatan (AI) sempena sambutan Hari Radio Sedunia (HRS) 2025.
Ia seiring dengan perkembangan semasa teknologi pada masa kini.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM,Nasaruddin Mutalib berkata ia seiring dengan seruan Perdana Menteri yang meminta jabatan serta agensi kerajaan memanfaatkan teknologi AI.
Selain,tidak mengabaikan tenaga manusia dalam pengoperasian jabatan.
"Kita melancarkan Bank Suara RTM di mana kita mengumpulkan nada-nada suara misalnya pemimpin-pemimpin dan juga selebriti selebriti RTM untuk kita gunakan dalam bidang penyiaran seperti kandungan kita pada masa akan datang.
"Ia bukanlah untuk menidakkan atau menggantikan perkhidmatan manusia tetapi sebenarnya untuk meningkatkkan produktiviti dalam penyiaran misalnya dari satu bahasa kita boleh mengeluarkan kandungan dalam pelbagai bahasa yang lain dalam satu masa yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Radio Sedunia 2025 yang bertemakan Radio dan Perubahan Iklim di Bukit Bendera,Pulau Pinang.
Turut hadir,Pengarah Bahagian Program Radio RTM,Saifuzzaman Yusop.
Para peserta turut menzahirkan keterujaan dan menyifatkan sambutan ini sebagai satu penghargaan buat penyampai radio di negara.
Aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di St Nicholas Home dan kemuncak sambutan adalah konsert khas sempena Hari Radio Sedunia bertempat di Tapak Pesta Pulau Pinang,Sungai Nibong,antara program dan pengisian sempena sambutan Hari Radio Sedunia 2025.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur