2025-02-13 HaiPress

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Aiman Athirah Sabu
KUALA LUMPUR,13 Februari - Kerajaan sedang mengkaji kebolehlaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan ekonomi kitaran bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap dan mampan,kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),Datuk Aiman Athirah Sabu,di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau,langkah itu perlu untuk membangunkan perundangan khusus berkaitan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal bagi mempercepatkan peralihan negara ke arah sistem yang lebih lestari.
"Untuk mempercepatkan peralihan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran,terdapat keperluan membangunkan perundangan khusus yang menyeluruh.
"Sehubungan itu,kementerian ini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan Rang Undang-Undang berkaitan ekonomi kitaran bagi memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan lebih holistik," katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa kementerian bersedia untuk mengadakan rundingan bersama kerajaan negeri dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar ini.
Bagaimanapun katanya,pelaksanaan itu tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan Persekutuan.
Datuk Aiman Athirah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenggara,Manndzri Nasib,mengenai langkah kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi kitaran bagi pengurusan sisa pepejal.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur