2025-02-13 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama
PETALING JAYA,13 Februari - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1,termasuk membaiki lif serta infrastruktur lain yang mengalami kerosakan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tersebut ketika merasmikan Majlis Meraikan Forum Komuniti PPR Lembah Subang 1,di sini,hari ini.
Menurut Anwar,peruntukan tersebut bertujuan memastikan kemudahan di kawasan berkenaan dapat dibaik pulih sepenuhnya demi keselesaan penduduk.
"Saya bincang dengan Menteri Nga Kor Ming… okay,apa lagi? Lif ada berapa? 17 semua sini? 23… semua dah baiki? Ada yang belum lagi? Maknanya ada lagi yang belum baiki… ada lagi lubang-lubang sedikit sebanyak ada lagi kan? Baik… hari ini,saya akan luluskan RM1.2 juta baiki semua," katanya.
Peruntukan itu dijangka mempercepatkan proses baik pulih bagi memastikan kemudahan awam di PPR tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik.
Dalam pada itu,Anwar turut memaklumkan kerajaan MADANI telah memperuntukkan sebanyak RM185 juta bagi projek baik pulih kemudahan di 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara tahun ini.
Menurut beliau,usaha itu penting dalam membela nasib golongan miskin bandar serta memastikan keselesaan mereka.
"Tahun ini sahaja untuk lif,untuk cat baharu,untuk baiki bumbung,untuk kemudahan-kemudahan asas untuk PPR sahaja,perbelanjaan RM185 juta. Dua tahun sebelum ini RM50 juta,RM50 juta,jadi sejak dalam dua tahun ini sudah RM285 juta… tapi saya tiada masalah itu,kerana bukan membazir," katanya.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur