2025-02-13 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,12 Februari- Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Pada 6.00 petang,ringgit berada pada paras 4.4680/4725 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4730 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran masih bimbang mengenai ketidakpastian dasar di bawah Presiden AS Donald Trump.
"Peserta pasaran mata wang masih bimbang dengan dasar Trump 2.0 dan bagaimana Rizab Persekutuan (Fed) AS akan memberikan reaksi mengenai dasar itu," katanya kepada Bernama.
Dalam laporan dasar monetari setengah tahunan kepada kongres,Pengerusi Fed Jerome Powell memberi isyarat bahawa bank pusat tidak akan tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah dan menunggu sehingga suku berikutnya sebelum sekali lagi menurunkan kadar faedah.
Sementara itu,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9106/9137 daripada 2.9352/9387 semasa ditutup pada Isnin,tetapi merosot berbanding euro kepada 4.6351/6398 daripada 4.6128/6179 sebelum ini dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.5613/5669 daripada 5.5430/5492.
Mata wang tempatan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.7/273.2 daripada 273.1/273.5 semasa ditutup pada Isnin,mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.69 daripada 7.69/7.70 sebelum ini dan naik berbanding baht Thailand kepada 13.0953/1151 daripada 13.1768/1986.
Bagaimanapun,ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3028/3064 daripada 3.3006/3048 pada Isnin. -BERNAMA
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur