2025-02-13 IDOPRESS
Rajeswari Karupiah (kiri) bergambar bersama Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong / Foto KESUMA
PUTRAJAYA,13 Februari - Bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia,Rajeswari Karupiah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) berkuat kuasa 1 Februari 2025 hingga 30 September 2026.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan pelantikan itu mencatat sejarah apabila beliau menjadi wanita berbangsa India pertama memegang jawatan tersebut.
"Rajeswari memiliki pengalaman lebih 32 tahun dalam bidang undang-undang perhubungan industri,pekerjaan dan perundangan korporat. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dengan Kepujian dari University of London serta merupakan Mediator Bertauliah MCIArb," menurut KESUMA menerusi kenyataan.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia,Rajeswari berjaya menyelesaikan lebih 500 kes berkaitan pemecatan pekerja,penstrukturan semula,pemberhentian kerja dan rundingan perjanjian kolektif,melebihi sasaran KPI yang ditetapkan.
"Selain itu,beliau pernah berkhidmat di The World Bank,Washington,D.C. sebagai penasihat undang-undang dan terlibat dalam penambahbaikan dasar buruh Malaysia,termasuk pengenalan dasar gaji minimum," menurut KESUMA.
Pelantikan Rajeswari Karupiah dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh dasar perundangan,inovasi polisi serta keseimbangan kepentingan pekerja dan majikan,seiring dengan objektif pembangunan ekonomi negara.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS
Pasaran getah ditutup rendah seiring niaga hadapan serantau dan minyak mentah
Kontrak niaga hadapan FBM KLCI dibuka tinggi
Kadar jangka pendek diunjurkan stabil
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari walaupun optimis terhadap RMK13
Kontrak niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang dagangan pada awal urus niaga
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur