2025-02-13 IDOPRESS

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR,13 Februari – Kerajaan mengekalkan Harga Beras Putih Tempatan (BPT) pada kadar RM2.60 per kilogram bagi memastikan kestabilan harga serta kelangsungan bekalan di pasaran.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,kerajaan akan menyerap kos pengeluaran sebanyak RM150 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sebagai langkah proaktif untuk mengatasi isu bekalan.
"Kerajaan telah buat keputusan mengekalkan harga BPT pada kadar RM2.60 per kilogram. Untuk menjayakan inisiatif ini,kerajaan memperuntukkan sekitar RM150 juta kepada pihak pengilang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
"Dalam tempoh 6 bulan ini,24 juta kampit beras 10kg yang berharga RM26 akan berada di pasaran. Harap ini menjadi solusi menang-menang untuk pesawah,pengilang,dan pengguna," katanya.
Tambah beliau,langkah ini akan memastikan bekalan beras tempatan kembali stabil di pasaran dengan segera,sekali gus meringankan beban pengguna.
Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian pada sidang media penyelarasan harga padi dan beras di Bangunan Parlimen hari ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur