2025-02-13 IDOPRESS

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR,13 Februari – Harga Lantai Belian Padi diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik bermula 16 Februari ini.
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu,keputusan itu dibuat berdasarkan faktor kos pengeluaran padi,pergerakan harga beras dunia,serta unjuran permintaan dan penawaran beras tempatan.
"Nilai RM1,500 per tan metrik ini adalah kadar relevan bagi memastikan keseimbangan antara kepentingan pesawah,pengguna dan industri beras secara keseluruhan," katanya dalam sidang media penyelarasan harga padi dan beras di Bangunan Parlimen hari ini.
Menurutnya,kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan semua pihak dalam membuat keputusan berkaitan sektor pertanian,terutama golongan pesawah.
"Kerajaan bila buat sesuatu mengambil kepentingan semua pihak,paling utama penanam padi,para pengguna dan pengilang,pemborong serta peruncit," katanya.
Tambah beliau,subsidi penanaman padi di Malaysia antara yang tertinggi di ASEAN,justeru pesawah digalakkan untuk meningkatkan produktiviti hasil mereka.
"Kita kena lihat keadaan pesawah. Kalau di Sekinchan,Sabak Bernam,Sungai Besar dan beberapa tempat lain,rungutan mereka tentang harga agak kurang. Yang paling penting,kita lihat subsidi penanaman padi ini tinggi,jadi pesawah perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk meningkatkan hasil mereka," ujarnya.
Bagaimanapun,penyelarasan harga lantai ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia,mengambil kira perbezaan kos pengeluaran,produktiviti dan struktur pasaran di Sabah serta Sarawak.
Dalam pada itu,menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kerajaankomited dalam memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
"Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan bekalan makanan negara terjamin serta kebajikan rakyat dan pesawah terus terpelihara," katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur