2025-02-14 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Februari- Seramai 1,020 pegawai perkhidmatan awam terlibat pelaksanaan inisiatif pusingan kerja sejak Ogos tahun lalu bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam dan menyokong Agenda Reformasi Sektor Awam di semua kementerian,jabatan dan agensi berkaitan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memaklumkan,daripada jumlah itu seramai 283 pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi daripada pelbagai skim perkhidmatan ditempatkan ke jawatan baharu dan 737 lagi terdiri daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).
"Pusingan kerja merupakan strategi utama dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan dengan memberi pendedahan baharu kepada pegawai serta memperluaskan pengalaman merentasi pelbagai sektor dan bidang kepakaran.
"Langkah ini selaras dengan aspirasi Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam memperkasa keupayaan pemboleh daya reformasi sektor awam," menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan pusingan kerja merupakan langkah signifikan dalam memperoleh keberhasilan maksimum sekali gus membendung kemerosotan prestasi,ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.
Menerusi pusingan kerja ia dapat meningkatkan keberkesanan dan daya saing sektor awam,selain menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan lebih efisien,progresif,dan responsif terhadap keperluan rakyat dalam mendepani cabaran semasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur