2025-02-14 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Februari- Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan gurudan murid.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai salah satu hala tuju utama pendidikan negara.
"Bagi memacu pengukuhan Bahasa Inggeris,KPM sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk penstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan.
"Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluanuntuk menguasai Bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka akan memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-gurukhususnya aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas.
Sementara itu KPM akan memperkasa empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
"Fokus KPM bagi memperkasa Bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam PPPM 2013-2025 iaitu Highly Immersive Programme (HIP),Program Dwibahasa (DLP),Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).
"Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) yang optimum di dalam pelantar DELIMA juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid," tambah kenyataan itu.
Pada masa sama KPM akan terusberusaha untuk mereformasikan pendidikan negara demi meningkatkan kualiti pendidikan negara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur