2025-02-14 IDOPRESS

FOTO FAIL
ALOR SETAR,14 Februari - Lebih 500 jemaah menghadiri Majlis Bacaan yasin dan doa sempena Nisfu Sya’aban Peringkat Negeri Kedah tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijriah,di Masjid Zahir,di sini,malam tadi.
Majlis bermula dengan solat maghrib yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir Syeikh Mohd Naim Ahmad.
Kemudian diikuti bacaan yasin sebanyak tiga kali memohon supaya dipanjangkan umur dalam kebajikan,dimurahkan rezeki yang halal dan dikurniakan kematian dalam iman yang sempurna. Majlis diakhiri dengan solat Isya’ berjemaah.
Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,Datuk Seri Norizan Khazali; Exco Agama Negeri Kedah,Datuk Ustaz Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah,Datuk Paduka Syeikh Fadhil Awang,Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah,Datuk Dr. Abd. Ghani @ Zulkifli Zainuddin serta pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur