2025-02-14 IDOPRESS

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup
KOTA KINABALU,14 Februari - Fokus utama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada tahun ini adalah mereformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari,berdaya saing dan mesra alam.
Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata reformasi berkenaan tidak hanya bertujuan memastikan kemandirian bekalan padi dan beras tempatan,tetapi juga untuk membawa industri ini ke tahap lebih tinggi.
"Padi bukan sahaja makanan ruji bagi kita,ia juga suatu elemen yang begitu dekat dengan adat resam,budaya dan hati rakyat Sabah. Namun,pada masa kini,kita berhadapan dengan situasi kurang memuaskan iaitu Kadar Sara Diri (SSR) padi dan beras di Sabah masih di tahap rendah berbanding negeri lain.
"Dalam usaha merealisasikan reformasi industri padi dan beras negara,kita telah merangka langkah utama yang bertujuan meningkatkan daya saing industri,memperkukuh kebajikan pesawah serta menjamin keterjaminan bekalan beras negara," katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga KPKM Sabah di sini hari ini.
Mengulas lanjut,Arthur berkata langkah-langkah yang sedang ini dilaksanakan secara berperingkat itu adalah dengan mengambil kira pelbagai cabaran dalam rantaian nilai padi dan beras serta keperluan reformasi tadbir urus yang komprehensif.
"Antara initipati penting langkah reformasi itu termasuk pembangunan Jelapang Padi baharu negara di Sabah dan Sarawak. Saya percaya kerajaan Sabah dan Sarawak mengalu-alukan serta menyambut baik hasrat kementerian untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi dalam negara.
"Selain itu,pengukuhan infrastruktur pengairan di kawasan dalam dan luar jelapang padi. Kawasan penanaman padi perlu diberikan fokus untuk ditambah baik dari segi infrastruktur dan pengairan. Ini satu daripada fokus KPKM di dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bagi memastikan ketersediaan pengairan di kawasan penanaman padi seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak," tambahnya.
Beliau berkata KPKM juga akan memberi fokus kepada pembangunan semula sawah terbiar untuk meningkatkan penghasilan padi dalam negara secara menyeluruh dan komprehensif.
"Kesemua ini langkah-langkah penting dalam memastikan reformasi ekosistem industri padi dan beras berjaya dilaksanakan. Ia bukan sahaja bertujuan meningkatkan produktiviti dan daya saing industri tetapi juga menjamin kebajikan pesawah serta kesejahteraan pengguna.
"Saya percaya langkah reformasi yang telah kita susun dan gembleng dengan kerjasama erat MAFFI akan dapat meningkatkan lagi produktiviti dan SSR padi seterusnya menjadikan Sabah sebagai jelapang padi kedua negara," katanya.
Sementara itu,Arthur berkata Sabah bakal melakar sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang dijangka diadakan pada Ogos.
Beliau berkata kali terakhir Sabah menjadi tuan rumah HPPNK adalah pada 30 tahun yang lepas iaitu pada 1995. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur