2025-02-14 IDOPRESS

Program Selamat Pagi Malaysia
KUALA LUMPUR,14 Februari- ABU Digital Broadcasting Symposium (ABU DBS) 2025 dijangka menjadi acara utama bagi industri penyiaran di Asia-Pasifik dan seluruh dunia.
Penolong Pengarah ABU Nur Aqilah Mohd Izam berkata simposium itu akan mengupas pelbagai topik penting termasuk cabaran peralihan ke penyiaran digital,penerapan teknologi baharu,serta usaha untuk meningkatkan kandungan kreatif dan pengalaman pengguna.
"Tumpuan dan fokus persidangan kali ini bertemakan Personal-Cast: Interactive Broadcasting,Tailored for You dan kami lebih memfokuskan bagaimana kecerdasan buatan (AI) diintegrasikan dalam kehidupan seharian.
"Menerusi konsep ini kami akan membincangkan pengurusan daripada hibrid kepada 5G dan mengintegrasikan dalam teknologi AI," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media,di sini.
Sementara itu Penolong Eksekutif ABU Fazrien Razali berkata simposium berkenaan adalah ruang terbaik utnuk mengetengahkan golongan wanita dalam industri penyiaran.
"Tujuan kita memfokuskan panel wanita dalam simposium ini adalah untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam industri penyiaran dan juga penglibatan mereka dalam teknologi dan inovasi pada masa kini," katanya.
Setakat hari ini,lebih 600 penyertaan telah diterima,dan pendaftaran masih dibuka.
Penyertaan terbuka kepada semua institusi penyiaran,tanpa had,termasuk juga pensyarah dari universiti serta pelajar.
Peluang ini memberi ruang kepada semua pihak untuk menyertai dan berkongsi idea serta inovasi dalam bidang penyiaran.
Simposium berkenaan akan berlangsung pada 24 hingga 27 Febuari bertempat di Wyndham Acmar Hotel,Klang.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur