2025-02-14 IDOPRESS

Lingeshwaran Arunasalam
KUALA LUMPUR,14 Februari- Seramai 32 delegasi dari 10 negara,termasuk Jepun dan Timor-Leste berhimpun di Kuala Lumpur bagi menghadiri Forum Ekonomi Belia ASEAN (AYEF) yang berlangsung hari ini.
Bertemakan Fokus Perubahan Iklim dan Pembinaan Ekonomi Lestari,forum tersebut bertujuan untuk membincangkan kelestarian ekonomi serta menangani cabaran perubahan iklim yang memberi kesan pada masa ini.
Senator Lingeshwaran Arunasalam berkata perubahan iklim membawa ancaman serius,termasuk peningkatan kes denggi dan penyakit pernafasan akibat pembakaran terbuka.
"Kita patut memastikan bahawa perkara ini terus dijaga untuk memastikan semua biodiversiti negara terus terpelihara daripada ancaman.
"Jadi ini merupakan satu perbincangan yang memang baik dan mereka akan bertukar-tukar pandangan untuk mengatasi isu ini. Banyak kesan-kesan negatif yang boleh dapat kalau perubahan iklim berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini.
Dalam pada itu beliau berharap pemimpin muda merangka pelan tindakan ASEAN untuk menangani perubahan iklim dan memastikan ekonomi lestari.
Forum berkenaan dijangka dihadiri 200 peserta dan ia dilihat sebagai platform untuk melahirkan pemikiran segar dalam usaha merangka dasar ekonomi lebih mampan bagi masa depan ASEAN.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur