2025-02-14 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam,Puchong Perdana
PUCHONG,14 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada mana-mana negara berhak menentukan masa depan rakyat Palestin.
Katanya Malaysia kekal dengan pendirian bersama-sama negara Islam lain untuk mempertahankan hak rakyat di negara itu.
"Memang sangat merunsingkan. Kita tegas dengan pendirian bersama rakan-rakan negara Arab untuk kita mesti sama-sama pertahankan hak rakyat Gaza dan Palestin untuk bangunkan negara dengan bebas dan merdeka.
"Dan tidak ada mana-mana negara lain untuk menentukan masa depan rakyat Palestin," kata Anwar.
Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan bahawa rakyat Palestin tidak memiliki hak untuk kembali ke Gaza. Trump merancang untuk mengambil alih Semenanjung Gaza.
Rancangan itu bagaimanapun ditolak sepenuhnya oleh dunia Arab dan masyarakat antarabangsa.
Dalam pada itu Perdana Menteri memaklumkan ketika ini sudah ada calon bagi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.
Bagaimanapun katanya,ia perlu melalui proses seperti biasa dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim.
"Ada calon tetapi prosesnya seperti biasa akan diperkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Pada 8 Februari lalu,Datuk Seri Nazri Azizi mengesahkan penamatan tempoh perkhidmatannya sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur