2025-02-17 HaiPress

Penurunan inflasi pada suku keempat 2024 disokong oleh kenaikan sederhana dalam sub-indeks pengangkutan selama dua bulan berturut-turut / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,14 Februari – Penurunan inflasi pada suku keempat 2024 disokong oleh kenaikan sederhana dalam sub-indeks pengangkutan selama dua bulan berturut-turut,dengan faktor utama yang menyumbang termasuk kestabilan harga bahan api serta usaha kerajaan dalam memperkukuh pemantauan terhadap aktiviti perniagaan.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid,sub-indeks pengangkutan mencatatkan peningkatan hanya 0.4 peratus bagi tempoh dua bulan tersebut.
Peningkatan itu turut dipengaruhi oleh harga minyak diesel yang kekal stabil pada kadar sekitar RM 2.95 seliter.
"Meskipun terdapat kestabilan dalam pengangkutan,sub-indeks harga makanan dan utiliti sedang mengalami kenaikan secara beransur-ansur," katanya ketika dihubungi RTM.
Tambah Dr. Mohd Afzanizam,tindakan kerajaan dalam menstruktur semula subsidi bagi memastikan bantuan lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dilihat berpotensi untuk mengawal lonjakan inflasi.
Selain itu,pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dalam membendung aktiviti perniagaan juga diyakini dapat mengurangkan tekanan inflasi dan memastikan kestabilan kos sara hidup rakyat dalam jangka panjang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur