2025-02-17 HaiPress

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai
KUALA LUMPUR,14 Februari - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpotensi menerima dividen lebih tinggi iaitu pada kadar 6% hingga 6.3% tahun ini.
Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata,jangkaan positif itu berdasarkan prestasi KWSP pada suku ketiga 2024 adalah cemerlang.
"Di mana mereka dapat pendapatan pelaburan melebihi RM57.5 bilion berbanding RM47.8 bilion di tahun sebelumnya untuk tempoh sama,kemungkinan besar KWSP akan berupaya dan boleh mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi daripada 6%.
"Ini berasaskan kepada prestasi pelabur-pelabur di pasaran yang sama seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang juga berupaya mengisytiharkan dividen yang sangat besar berbanding dengan tahun lepas pada lebih daripada 5.7%," kata Dr Barjoyai.
Tahun lalu,KWSP mengumumkan dividen 5.5% dan 5.4% masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2023.
Kadar itu lebih tinggi berbanding 2022 dengan dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.35% dan 4.75% bagi simpanan shariah.
Ia melibatkan pengagihan terkumpul RM57.81 bilion masing-masing RM50.33 bilion untuk simpanan konvensional dan RM7.48 bilion lagi untuk simpanan shariah.
KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur