2025-02-17 IDOPRESS

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
TANJUNG BIDARA,16 Februari- Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform yang julung kali dianjurkan di Melaka tahun ini akan diteruskan pada tahun depan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,ia selepas melihat sambutan menggalakkan melibatkan 11 unit beruniform dan agensi penguatkuasaan diterima dalam semua acara dipertandingkan.
"Ia tidak berakhir di sini pastinya kita telah memberikan amanah dan tanggungjawab ini kepada pengurusan Markas 3 Divisyen di dalam Kem Terendak untuk menjadi tuan rumah dalam pelbagai acara memandangkan kem ini mempunyai kelengkapan kemudahan-kemudahan,bersukan.
"Insya-Allah tahun depan kita akan teruskan lagi acara ini untuk dijadikan acara bagi menceriakan lagi kesejahteraan dan kelestarian rakyat Melaka," katanya kepada pemberita di sini.
Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Antara Badan Beruniform bermula sejak 18 Januari dan berakhir pada 14 Februari lalu disertai seramai 5,000 peserta.
Manakala karnival penutup yang berlangsung bermula 14 Februari hingga hari ini di Pantai Tanjung Bidara menerima sambutan lebih 70,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk orang ramai.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur