2025-02-17 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
KLANG,16 Februari - Kepentingan nilai ihsan,hormat-menghormati serta semangat kebersamaan selaras gagasan Malaysia MADANI yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diberi penekanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata,ia selari dengan ajaran Islam yang menekankan rahmah serta kasih sayang sesama manusia.
"Semua sedia maklum,memang matlamat kita khususnya dalam agama Islam,kita memang saling menggalakkan untuk perpaduan yang ingin dibina walaupun berbilang agama berbilang bangsa dan sebagainya. Itu memang sebahagian daripada lumrah kejadian manusia ini. Cuma yang kita diminta ialah untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain," kata Na’im.
Beliau ditemui selepas menghadiri Program Jalinan Muhibah Madani Sempena Tahun Baharu Cina,di sini.
Majlis yang diadakan itu bukan sahaja bertujuan memupuk perpaduan malah menyantuni golongan fakir miskin sebagai agenda utamanya .
Na’im turut menggariskan kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai satu kekuatan negara,sejajar dengan prinsip Islam yang mengutamakan keadilan dan kesejahteraan.
Sehubungan dengan itu,gagasan Kalimah Tayyibah turut diperkenalkan sebagai usaha memupuk budaya komunikasi yang baik dan berhemah dalam kalangan masyarakat.
Sebelum ini,Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Dr Sirajuddin meminta semua pihak diminta tidak mempolemikkan isu penganjuran Majlis Jalinan Muhibbah MADANI sempena Tahun Baharu Cina kerana program seperti ini seringkali dianjurkan setiap tahun oleh Jakim bagi menyantuni masyarakat selain memperkukuh ikatan perpaduan dan silaturahim masyarakat majmuk.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur