2025-02-17 IDOPRESS

Foto Fail/ Bernama
HULU TERENGGANU,16 Februari - Sebanyak RM16 juta diperuntukan bagi membaik Pulih Pulau Petang di Tasik Kenyir,Terengganu merangkumi 50 unit chalet di Petang Island Resort yang terbiar sejak 2021 lalu.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata,peruntukan daripada Kementerian Ekonomi itu melibatkan pembangunan semula pulau berkeluasan lapan hektar menggunakan tenaga solar.
Ia dijangka dimulakan pertengahan tahun ini yang mengambil masa lapan hingga 12 bulan bergantung kepada kontraktor.
Peruntukan tersebut turut termasuk baik pulih jambatan ke santuari kelah yang sudah rosak sejak beberapa tahun lalu selain menyediakan ‘houseboat’ milik KETENGAH.
"Tetapi banyak pembaziran. Memang tidak terjaga. Saya sudah siap terus berhenti orang tak continue dan sebagainyua sama dengan jeti di pulau bayas dan sebagainya..kita belanja kabel saje 48juta," kataAhmad Said.
Terdahulu beliau meninjau Petang Island Resort di Tasik Kenyir,Hulu Terengganu.
Untuk rekod,resort milik penuh KETENGAH itu mula beroperasi tahun 2000 dan terbiar sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) lalu.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur