2025-02-17 IDOPRESS

Tan Sri Azam Baki
KUALA LUMPUR,16 Februari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati lapan video yang dikaitkan dengan isu rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah tidak mempunyai kredibliti dalam proses siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata hasil laporan bahagian forensik suruhanjaya itu yang dikeluarkan baru-baru ini mendapati video-video berkenaan mempunyai elemen suntingan.
"Baru-baru ini menunjukkan dalam laporan itu lapan video yang dikeluarkan dalam portal berkenaan adalah video pada kami yang tidak boleh diguna pakai.
"Ia disebabkan berlaku suntingan dan apabila disunting tidak boleh dipakai dalam penyiasatan dan mahkamah kerana tidak mempunyai kredibliti video berkenaan," katanya.
Tan Sri Azam turut menjelaskan pemberi maklumat berkenaan masih tidak mahu kongsi video berkaitan yang menyebabkan kekurangan maklumat serta menyukarkan siasatan dijalankan.
Siasatan membabitkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang telah dirakam keterangan susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan penularan klip video perbualan akan diselesaikan segera.
Tambahnya lagi,baru-baru ini seramai lima orang individu termasuk seorang ahli politik telah selesai memberi keterangan di SPRM Sabah bagi membantu siasatan susulan isu baharu yang dikeluarkan sebuah portal media.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur