2025-02-17 IDOPRESS

Foto Facebok Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,16 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi,kencing manis dan kaki bengkak akibat komplikasi kesihatan lain.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada warga emas yang dikenali sebagai Binnammal A/P Kuttan,85,di kediaman wanita itu di Semambu,Kuantan,Pahang dalam siri Ziarah MADANI baru-baru ini.
“Dalam pertemuan ini,saya mendengar kisahnya,memahami kesukaran yang dihadapi dan berkongsi sedikit keprihatinan. Sebagai tanda sokongan,saya menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,bagi membantu meringankan beban beliau.
“Semoga auntie Binnamal terus diberi kesihatan dan kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang,” kata Ahmad Farhan dalam hantaran menerusi Facebook malam ini,yang turut dikongsikan Anwar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur