2025-02-17 IDOPRESS

Foto Facebook KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KUALA LUMPUR,16 Februari - Seramai 164,077 kanak-kanak dijangka mendaftar di TABIKA KEMAS esok.
Ketua Pengarah KEMAS Datuk Mohd Hanafiah Man berkata,jumlah keseluruhan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun yang mengikuti persekolahan di TABIKA KEMAS ialah berjumlah 202,974 orang.
TASKA KEMAS pula seramai 10,959 kanak-kanak berusia 2 hingga 4 tahun akan mula mengikuti asuhan mereka bawah program TASKA KEMAS.
"Bagi tahun ini seramai 38,897 kanak-kanak telah mendaftar di TABIKA KEMAS bagi negeri-negeri Kedah,Kelantan dan Terengganu yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
"Kepada Allah dipohonkan agar urusan cikgu-cikgu KEMAS bagi sesi persekolahan tahun ini dipermudahkan dan anak-anak kami di TABIKA KEMAS seluruh negara dapat mengikuti sesi persekolahan dalam suasana yang menyeronokkan," kata Mohd Hanafiah menerusi satu hantaran di Facebook.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur