2025-02-17 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,17 Februari- Pencapaian Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dan langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen,Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024 dan menjelaskan fungsi IPCC,Police,Friends and Collaborators (IPFC) pada sesi soal jawab lisan.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah strategik yang diambil Malaysia sepanjang menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dalam mencapai tiga strategi yang ditetapkan iaitu pengukuhan rantaian nilai serantau,pengukuhan asas negara anggota serta penyelarasan dan penyusunan semula ekonomi negara-negara ASEAN.
Sementara itu,Cha Kee Chin (PH-Rasah) bertanyakan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai berapakah jumlah subsidi yang telah dibelanjakan untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) sepanjang 2024.
Beliau juga ingin tahu sama ada kementerian bersedia untuk meningkatkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak paket bersubsidi di pasaran runcit memandangkan kerap kali terdapat rungutan mengenai masalah kekurangan bekalan.
Persidangan Dewan Rakyat kemudiannya menyambung sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.
Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 18 hari hingga 6 Mac ini.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur