2025-02-17 IDOPRESS

Ringgit Malaysia mencatatkan peningkatan nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar Amerika sepanjang tahun 2024 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,14 Februari – Ringgit Malaysia mencatatkan peningkatan nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar Amerika sepanjang tahun 2024,menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM).
Selain itu,ringgit turut mencatatkan peningkatan nilai berbanding mata wang utama lain,termasuk dolar Singapura,won Korea,dan yen Jepun.
Namun,BNM menjelaskan pada suku keempat 2024,ringgit mengalami penurunan nilai berbanding dolar Amerika serta mata wang rakan dagangan utama.
Pergerakan itu dipengaruhi oleh pengukuhan dolar Amerika,susulan perubahan jangkaan dalam pasaran kewangan global.
Sejak awal tahun sehingga kini,ringgit meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding dolar Amerika,namun mencatatkan penurunan 0.3 peratus pada Indeks Kadar Pertukaran Berkesan (NEER) berbanding rakan dagangan utama Malaysia.
BNM menjangkakan faktor luaran akan terus mempengaruhi kadar pertukaran ringgit,namun menegaskan bahawa prospek makroekonomi Malaysia yang kukuh serta pembaharuan struktur yang berterusan akan memberikan sokongan kepada ringgit dalam jangka sederhana.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur