2025-02-17 IDOPRESS

Inflasi keseluruhan pada suku keempat 2024 mencatatkan sedikit penurunan kepada 1.8 peratus,berbanding 1.9 peratus pada suku ketiga / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,14 Februari – Inflasi keseluruhan pada suku keempat 2024 mencatatkan sedikit penurunan kepada 1.8 peratus,berbanding 1.9 peratus pada suku ketiga.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataannya memaklumkan penurunan itu didorong oleh inflasi lebih rendah dalam perkhidmatan komunikasi mudah alih serta harga petrol RON97.
Namun,penurunan tersebut sebahagiannya diimbangi oleh kenaikan inflasi dalam kategori makanan,terutama sayur-sayuran segar,ikan,dan makanan laut.
Inflasi teras turut mencatatkan penurunan kepada 1.7 peratus,sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan inflasi dalam perkhidmatan komunikasi mudah alih,yang menyusut 10.0 peratus pada suku keempat berbanding tiada perubahan pada suku sebelumnya.
Menurut BNM,rebakan inflasi kekal sederhana,dengan bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan masih berada di bawah purata jangka panjang,iaitu pada 39.8 peratus.
Bagi keseluruhan tahun 2024,inflasi keseluruhan dan inflasi teras menurun kepada 1.8 peratus.
Bank Negara menjangkakan trend inflasi yang terkawal itu akan terus memberi ruang kepada kestabilan harga dalam ekonomi domestik.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur