2025-02-18 HaiPress

Foto RTM
KUALA TERENGGANU,18 Februari-Sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas dua buah rumah pusaka berusia hampir 100 tahun yang didiami hangus dalam kebakaran petang tadi.
Kejadian berlaku di Kampung Mengabang Tengah,di sini melibatkan dua buah rumah separuh kekal.
Ketua Balai Bomba Kuala Terengganu,Timbalan Penguasa Bomba Dua,Thoyyibah Taib berkata rumah pertama terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus.
Seramai 25 anggota bomba dari dua balai bomba berhampiran dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
"Kebakaran hari ini melibatkan dua buah rumah dan sebuah rumah ada tiga mangsa dan sebuah lagi ada enam mangsa.
"Walau bagaimanapun daripada kedua-dua buah rumah berkenaan tiada kemalangan jiwa yang kita dapati.
"Kesukaran kita pada hari ini adalah laluan jalan yang agak sempit dan rumah yang sangat-sangat berdekatan",katanya.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur