2025-02-18 HaiPress

Jenazah lima sekeluarga itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Johari Bakar,Umbai
JASIN,17 Februari- Jenazah lima sekeluarga yang rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Berangan Enam,Umbai,selamat dikebumikan pada pukul 10.45 malam tadi di Tanah Perkuburan Wakaf Haji Johari Bakar,Umbai.
Jenazah,Laila Fathinah Mustapa,37 tahun,dan empat anaknya,Nur Damja Batrisyia (13),Izz Daffa Hafizuddin (7),Nur Dalilah Khadijah (6) dan Izz Danish Fathu (4),sebelum itu dituntut suami,Muhammad Khairuddin Saari,35 tahun pada pukul 7.05 petang tadi di Hospital Jasin.
Mufti Melaka,Datuk Abdul Halim Tawil,mengetuai solat jenazah dan bacaan talkin.
Kelima lima jenazah disemadikan di dalam satu liang lahad dan urusan pengebumian turut dibantu anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau,Jasin.
Hadir sama,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam,Datuk Zaidi Attan.
Sementara itu,suasana sayu dan hiba melanda sepanjang pengebumian itu.
Malah suami kepada Allahyarhamah Laila,Muhammad Khairuddin,berulang kali menyatakan rasa sayang kepada isteri dan anak-anaknya.
Lebih 1,000 orang hadir pada majlis pengebumian termasuk keluarga dan penduduk setempat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur