2025-02-18 HaiPress

Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg/BERNAMA
KUCHING,17 Februari- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.
Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata tenaga elektrik itu akan dihasilkan dari loji Janakuasa Kitaran Gabungan Turbin Gas berkapasiti 500 Megawatt (MW) di Miri,serta tiga loji lain dengan kapasiti gabungan 1,500 MW di Bintulu.
“Lebihan bekalan (elektrik) kita hantar ke Sabah,Perdana Menteri meminta kita hantar dari Sabah ke bahagian selatan Filipina,maknanya,kita membekalkan tenaga untuk ASEAN. Inilah kekuatan kita,” kata beliau.
Bercakap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Affin Bank di sini malam ini,beliau berkata Sarawak juga sedang dalam proses menghasilkan lebih banyak gas sintetik sebagai sumber penjanaan tenaga yang akan meletakkan negeri itu sebagai pengeluar tenaga utama ASEAN.
"Maknanya,ia mampan. Jika ini kekuatan kita,maka ia akan menyumbang kepada grid tenaga ASEAN," katanya.
Sementara itu,dalam majlis yang sama,Abang Johari meminta Affin Bank untuk mempercepatkan penubuhan pejabat serantaunya di Sarawak supaya lebih banyak pemain industri,serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat memanfaatkan kemudahan kewangan mereka.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur