2025-02-18 IDOPRESS

Banduan Penjara Marang,Terengganu menenun kain songket untuk dijadikan pakaian
KUALA TERENGGANU,17 Februari-Jabatan Penjara Terengganu menyasarkan seramai 720 banduan terpilih atau prospek memperoleh pekerjaan dalam pelbagai sektor pada tahun ini sekali gus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu.
Pengarah Penjara Terengganu Penolong Kanan Komisioner Penjara Mohd. Nasir Yusof berkata,seramai 410 prospek diberi peluang bekerja bawah 72 majikan pelbagai bidang termasuk perkhidmatan perhotelan.
"Sekarang ini untuk majikan yang menggaji prospek ini akan dapat pengecualian cukai,kalau tidak silap saya RM4,000 untuk satu prospek. Ini merupakan peluang besar. Insya-Allah.
"Satu lagi keistimewaan sekiranya kita menggaji prospek ini,kita yang akan mengawal. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat pekerjaan dalam pekerjaan maka kita akan terus mengambil prospek. Berbeza dengan warga asing ia akan melibatkan pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian selepas program sesi libat urus Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu bersama majikan,Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Kerja Negeri di Wisma PERKESO di sini.
Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah PERKESO Terengganu,Suhara Mustaffa.
Menurut Mohd Nasir,pada tahun lalu kadar pelanggaran syarat pekerjaan oleh prospek di Terengganu kedua terendah di negara ini,iaitu empat kes daripada 410 yang ditawarkan pekerjaan.
Kesalahan yang dikesan ke atas prospek hanya melibatkan aspek sikap seperti datang lewat dan malas bekerja.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur