2025-02-18 IDOPRESS

Kenyataan media Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee
KUALA LUMPUR,17 Februari-Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dalam satu kenyataan memaklumkan perkara itu susulan tular mengenai lelaki Muslim berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah program hiburan di ibu negara baru-baru ini.
"JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bertanggungjawab mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini,berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Sesungguhnya,Islam adalah agama rahmah dan menyantuni fitrah manusia yang menginginkan hiburan. Malah hiburan juga sebagai salah satu elemen yang membawa kepada kegembiraan,kesejahteraan dan memupuk nilai-nilai murni.
"Namun,perlu dibatasi dengan adab dalam berhibur agar tidak bercanggah dengan akidah,syariah dan akhlak Islam," menurut kenyataan itu.
Pada masa sama JAKIM menyeru dan menasihati semua pihak agar sentiasa peka,menghormati nilai-nilai serta sensitiviti agama di Malaysia selain berharap agar perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur