2025-02-18 IDOPRESS

Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR,17 Februari- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar generasi muda untuk terus memahami asas penubuhan negara serta menghormati prinsip yang membentuk Malaysia sebagai negara maju dan makmur.
Beliau turut menegaskan bahawakepelbagaian di Malaysia tidak seharusnya melemahkan hubungan sesama masyarakat sebaliknya ia adalah kekuatan ke arah negara berdaya saing.
"Walaupun perbezaan kaum dan budaya boleh melemahkan namun ia juga boleh menjadi kekuatan sekiranya dihargai semua pihak dengan betul," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama semasa merasmikan Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra hari ini di ibu negara.
Perdana Menteri turut mengimbau kembali perjuangan Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak.
Beliau menyifatkan ketokohan Tunku Abdul Rahman sebagai seorang negarawan berprinsip serta mampu menawan hati rakyat dengan kesederhanaan dan kepimpinannya.
Memorial Tunku Abdul Rahman bukan sekadar mengenang sejarah,tetapi sebagai platform untuk mendidik tentang perjuangan,pengorbanan,dan perpaduan dalam membina negara bangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur