2025-02-18 IDOPRESS

Fahmi Fadzil/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,17 Februari- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan beberapapengamal media Rabu ini untuk membincangkan beberapa perkara terutama isu kebajikan mereka berikutan perubahan yang berlaku dalam landskap media Malaysia.
Beliau berkata terdapat sejumlah syarikat media di negara ini yang menghadapi kesukaran membayar gaji kerana mengalami tekanan ekonomi dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.
Fahmi berkata perkara ini antara lain disebabkan dana pengiklanan yang berpindah dari media arus perdana kepada media sosial.
"Ini satu kesan daripada perubahan dan ada media yang telah berjaya mengadaptasi operasi mereka,ada yang masih berusaha untuk mencari kedudukan yang baharu.
"Mengambil kira perubahan-perubahan ini,saya berhasrat untuk meneliti cara-cara tambahan ataupun cara-cara baharu untuk kerajaan membantu,bagi saya yang paling penting adalah nasib dan kebajikan bagi para pekerja dalam sektor media," katanya dalam sidang media selepas Digital Leadership Excellence Graduation Ceremony 2024 di sini hari ini.
Fahmi berkata demikian susulan isu melibatkan Petra News Sdn Bhd dan mengambil kira perubahan-perubahan yang berlaku kepada syarikat-syarikat media.
Sementara itubeliauberkata pertemuan antara pekerja syarikat media Petra News Sdn Bhd dan pihak pengurusan syarikat itu telah diadakan pagi ini.
Beliau berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menerima maklumat terkini berhubung perkara itu.
Semalam Fahmi meminta supaya Petra News Sdn Bhd mengadakan perbincangan dengan pekerjanya bagi menyelesaikan segera isu tunggakan caruman berkanun serta kelewatan pembayaran gaji.
Ditanya sama ada kerajaan bercadang untuk menggunakan sebarang mekanisme kawal selia berhubung isu syarikat media seumpama itu agar ia tidak berulang,Fahmi berkata aspek kawal selia syarikat wujud,memandangkan penubuhan syarikat media tertakluk di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Jadi di situ beberapa aspek kawal selia,memang telah wujud terutama bila mereka menggaji pekerja dari segi hak pekerja untuk mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),mendapat perlindungan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),dari segi itu ada.
“Untuk media,secara umumnya kita tidak menyekat pembentukan syarikat-syarikat baharu," katanya.
Petra News Sdn Bhd adalah penerbit portal berita The Malaysian Insight,The Vibesdan Getaran.
Sabtu lepas15 petugasPetra News Sdn Bhd menuntut pembayaran segera caruman KWSP,Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Perkeso bagi tahun lepas.
Menerusi kenyataan bersama,mereka memaklumkansemakan dengan KWSP,Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)dan PerkesomendapatiPetra Newsgagal menyerahkan bayaran bagi pihak pekerja dan majikan kepada pihak berkuasa berkaitan,walaupun pemotongan gaji telah dibuat untuk caruman berkanun.
Petugasterjejas telah membuat laporan di Balai Polis Travers,Brickfields pada 14 Februari.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur