2025-02-19 HaiPress

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),Datuk Seri Isham Ishak
KUALA LUMPUR,18 Februari- Sistem pengesanan beras (Rice Tracking System) akan diperkenal bagi mencegah dan mengawal manipulasi harga bekalan beras.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM),Datuk Seri Isham Ishak berkata,aplikasi tersebut berfungsi mengesan pergerakan beras di pasaran secara lebih khusus serta mengenal pasti harga jualan melebihi harga semasa.
“Jadi bila kerajaan sudah beri RM150 juta untuk subsidi pengilang untuk membeli dan kita nak pastikan harga pada RM2.60,‘Rice Tracking System’ ini kita perkenalkan untuk memastikan bahawa 24 juta kampit beras putih tempatan dalam 10 kilogram ini kita akan ada satu coding pada setiap bungkusan beras itu.
“Bila kita sudah track 24 juta ini,kita tahu pergerakan beras seperti tersekat,di mana tempat jualan paling tinggi dan juga penjualan paling rendah. Kita boleh tahu siapa yang menjual harga yang tinggi daripada apa yang sepatutnya dan juga kita dapat mengawal percampuran beras kalau berlakunya percampuran beras.
“... Sebab kalau harga beras import sekarang ini pada RM2.80 dan tempatan pada RM2.60 ada 0.20 sen beza dan kita tidak mahu mereka beli banyak-banyak dan mereka campurkan. Kita hendak mengelakkan berlakunya manipulasi terhadap beras putih tempatan itu",katanya.
Beliau berkata demikian selepas rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri Kota Media.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur