2025-02-19 HaiPress

FOTO HIASAN
KUCHING,19 Februari- Kerajaan Negeri Sarawak akan menggunakan teknologi terkini untuk membuat penyelidikan berkaitan pembiakan ikan terubuk di kawasan Batang Lupar yang dilihat semakin pupus.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan penyelidikan itu akan dibuat oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak SFC dengan menggunakan peranti “submarine device”.
Jelasnya,peranti tersebut akan menyelam sehingga 300 meter di bawah permukaan laut dan merekod data persekitaran habitat dalam laut tersebut.
Jelas Premier,sebelum ini satu penyelidikan pernah dibuat di Pulau Seduku dengan kerjasama penyelidik dari New Zealand namun tidak memberi hasil positif.
“Jadi dengan ada teknologi ini saya mungkin akan minta mereka buat kajian. Sama ada kita boleh membiakkan turubuk secara teknologi baharu.
"Teknologi itu akan mengkaji tumbesaran ikan terubuk di Batang Lupar dan Batang Lassa Rajang yang mempunyai perbezaan," katanya.
Menurutnya lagi,peranti tersebut juga akan mengkaji jenis Ikan terubuk turut mempunyai kaitan dengan jenis sama di Bangladesh.
“Ada yang menyebut bahawa ikan turubuk kita ada kaitan dengan terubuk di Bangladesh,kerana negara itu mengeluarkan ikan terubuk,jadi mungkin dengan peranti itu kita boleh buat kajian untuk membiak ikan turubuk agar ianya tidak terhapus," katanya.
Tan Sri Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Wisma Lestari yang merupakan pejabat bangunan baharu SFC.
Berucap pada majlis itu,Premier berkata bangunan premis baharu tersebut yang dilengkapi dengan makmal forensik akan mempergiatkan lagi kajian terhadap khazanah yang terdapat di negeri itu.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur