2025-02-19 IDOPRESS

Penyelarasan harga lantai belian padi,tingkat pendapatan pesawah/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Februari- Penyelarasan harga lantai belian padi kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik dapat meningkatkan pendapatan golongan pesawah dan memberikan kelegaan kepada mereka dari segi kos operasi.
Felo penyelidik,Pusat Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Muhammad Irwan Ariffin berpendapat,penyelarasan tersebut bukan sahaja membantu pesawahmenampung kenaikan kos tersebut,tetapi juga dapat memastikan kelangsungan industri padi tempatan.
"Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk membantu golongan pesawah yang menjadi tulang belakang kepada industri padi dan beras negara. Kenaikan harga lantai belian padi ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban golongan pesawah untuk menampung kos pengeluaran yang semakin tinggi akibat kenaikan harga baja,harga benih",katanya kepada RTM.
Bagaimanapun,penyelarasan harga lantai padi ini perlu disertai dengan langkah sokongan lain bagi memastikan kesan jangka panjang yang lebih mampan.
Antaranya,penyaluran subsidi secara lebih efektif,penggunaan teknologi pertanian moden untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi serta penyediaan infrastruktur pertanian dan pengairan yang lebih baik.
Tanpa tindakan susulan yang menyeluruh,penyelarasan harga lantai belian padi mungkin hanya memberikan kesan positif sementara,tanpa menyelesaikan cabaran utama yang dihadapi oleh pesawah dalam jangka panjang.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur