2025-02-19 IDOPRESS

Lebih 5,000 peminat layang-layang hadir memeriahkan Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis 2025 yang berlangsung di Dataran Lok 9,Kuala Perlis / Foto RTM
KUALA PERLIS,19 Februari – Lebih 5,di sini.
Fiesta yang julung kali diadakan itu berjaya menghimpunkan hampir 200 peserta dari 42 negara,termasuk Malaysia,China,Argentina,Korea Selatan,Jerman,Sri Lanka,Thailand,dan Amerika Syarikat.
Exco Pelancongan Negeri,Abu Bakar Hamzah berkata fiesta tersebut merupakan pembuka tirai bagi Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis,yang akan disambut pada 17 April depan.
Selain itu,ia juga tersenarai antara 56 program utama bagi memeriahkan Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis serta Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
“Pelbagai bentuk layang-layang moden serta layang-layang gergasi dari setiap negara dipertontonkan kepada orang ramai sebagai tarikan utama fiesta ini,” katanya kepada pemberita,di sini.
Majlis perasmian Fiesta Layang-Layang Antarabangsa Perlis telah disempurnakan oleh Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Tambah Abu Bakar,susulan kejayaan fiesta tersebut,Kerajaan Negeri Perlis akan menganjurkan Festival Layang-Layang ASEAN pada Mei depan,bersempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN yang bakal disertai 10 negara ASEAN.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur