2025-02-20 HaiPress

Foto Maritim Malaysia
KUALA KEDAH,20 Februari-Seorang awak-awak Vesel nelayan tempatan gagal ditemui setelah Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) selama tiga hari yang dijalankan.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah,Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata,Maritime Rescue Sub-Centre MRSC Langkawi telah menerima panggilan daripada pengadu menyatakan mangsa,warga Thailand telah terjatuh ke dalam laut pada pukul 11.00 malam pada Ahad di kedudukan 21.1 batu nautika barat daya muara kuala Sungai Yan Kechil.
Susulan itu,operasi CARILAMAT telah diaktifkan pada petang Isnin lalu,dan ditamatkan pukul 7.30 petang semalam (Rabu) selepas tidak menemui sebarang petunjuk baharu.
Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).
Pihak Maritim Malaysia Kuala Kedah mengingatkan semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar memastikan kesihatan diri dalam keadaan yang baik selain mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan,merujuk ramalan kaji cuaca,memastikan bot dalam keadaan baik,dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur