2025-02-20 HaiPress

Nik Nazmi Nik Ahmad
KUALA LUMPUR,20 Februari- Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan integrasi ramalan cuaca dengan takwim tanaman dan tuaian secara spesifik pada ketika ini.
Bagaimanapun Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bakal mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tujuan integrasi berkenaan.
"MetMalaysia juga menyediakan tinjauan meteorologi pertanian dan buletin cuaca setiap bulan di laman sesawang jabatan dan ini digunakan sebagai panduan berkenaan cuaca pelbagai agensi pertanian.
"Seperti JabatanPertanian Malaysia,Lembaga Minyak Sawit Malaysia,Institut Penyeldiikan dan Pertanian Malaysia (MARDI),Institut Penyelidikan Air KebangsaanMalaysia dan juga pengusaha industri pertanian. Laporan ini memberi maklumat dan analisis jumlah taburan hujan,suhu kelembapan relatif sejatan dan sinaran matahari setiapbulan," katanya.
Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan cadangan untuk mengintegrasikan sistem ramalan cuacadengan takwim tanaman dan tuaian bagi membantu petani merancang aktiviti
pertanian berdasarkan data cuaca.
Ketika ini Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) turut berkongsi maklumat dan data meteorologi menerusi Portal Data Terbuka Sektor Awam dan telah membangunkan MetApplication Programming Interface bagi memudahkan integrasi data tersebut.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur