2025-02-20 HaiPress

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Februari-Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang bakal berlangsung pada Mei depan bakal membuka potensi besar bagi kerjasama pelbagai hala merentasi sektor.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kelebihan yang dimiliki oleh setiap blok perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengembangkan ekonomi ASEAN selaras dengan misi menjadikan ASEAN sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.
"Sidang kemuncak ini amat tepat,ASEAN GCC Negara-Negara Teluk China ini antara suatu daripada tiga blok yang perlu duduk bincang bersama.
"Ini kerana China merupakan satu negara pasaran terbesar .GCC merupakan negara yang mempunyai modal dan ASEAN merupakan blok negara yang mempunyai banyak sumber asli.
"Jika ketiga-tiga negara ini dapat bersama berunding bagaimana cara kita hendak kembangkan ekonomi kita antara ASEAN. Kita nak jadikan ASEAN ini negara ekonomi keempat besar dunia pada tahun 2030.
Ujarnya lagi,Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) untuk ketiga tiga blok ini mencapai hampir 20 peratus daripada KDNK dunia iaitu sebanyak 24.87 trilion dolar Amerika.
Pernyataan tersebut bagi menjawab soalan asal yang di kemukakan wakil Tenggara Manndzri Nasib yang meminta menyatakan sejauh mana Malaysia boleh memanfaatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN - Majlis Kerjasama Teluk (ASEAN -GCC) Ke-2.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur