2025-02-20 HaiPress
ABIM
KUALA LUMPUR,20 Februari- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa semua pihak agar menghentikan manipulasi isu perkauman yang semakin berleluasa terutama melalui hantaran dan komen berbaur hasutan di media sosial.
Sehubungan itu,Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dan terbuka dalam menerima kepelbagaian,selain mencari titik persamaan yang boleh memperkukuh perpaduan serta keharmonian negara.
"Ini kerana sebarang kata-kata serta tindakan untuk mencipta persepsi negatif tidak boleh dihapuskan natijahnya dengan permohonan maaf di kemudian hari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menegaskan terdapat salah faham terhadap peranan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) dengan dakwaan kononnya ia bertujuan menyamakan semua agama atau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Jawatankuasa ini bukan bertujuan untuk menyamakan semua agama yang menggugat mana-mana pihak. Keharmonian yang ingin diwujudkan adalah keharmonian antara penganut pelbagai agama dan bukannya keharmonian antara agama-agama itu sendiri," katanya.
Menurutnya,sebarang dakwaan yang mengaitkan jawatankuasa itu dengan percanggahan terhadap Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas.
"Bahkan jawatankuasa HARMONI membantu mengukuhkan kedudukannya,selaras dengan Perkara 3 yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan,sambil menjamin hak penganut agama lain untuk mengamalkannya secara aman dan harmoni," katanya.
Ahmad Fahmi berkata ABIM menyambut baik penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa platform HARMONI dapat diperkasakan dalam membina masyarakat bersatu padu dalam kepelbagaian,selari dengan prinsip MADANI yang berlandaskan perpaduan,saling menghormati serta menjamin keadilan sosial.
"ABIM berpandangan bahawa peranan HARMONI yang mula bermesyuarat semalam yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Aaron Ago Dagang) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar) perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh keharmonian antara penganut agama," katanya.
Jelas beliau,pendekatan dialog antara masyarakat berbilang agama adalah penting,sebagaimana terkandung dalam Surah al-Ankabut ayat 46: "Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik (illa billati hiya ahsan)."
Dalam pada itu,Ahmad Fahmi menjelaskan jenama HARMONI bukanlah sesuatu baharu,sebaliknya telah berperanan sejak tahun 2020 menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).
Malah,konsep serupa pernah dilaksanakan melalui Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang berfungsi sejak 2010 hingga 2019 dalam menggerakkan pelbagai inisiatif perpaduan dan interfaith tanpa menjejaskan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Hotline Tarif AS: Inisiatif MATRADE mudahkan akses maklumat perdagangan
Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS
Ringgit dibuka hampir mendatar ketika indeks dolar AS meningkat
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, bayaran cecah RM486 juta
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, ekoran ketidakpastian dasar tarif AS
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur