2025-02-20 HaiPress

Foto hiasan
ALOR SETAR,20 Februari- Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyalahgunaan tapak bazar Ramadan termasuk menjual atau menyewakan semula tapak kepada pihak ketiga.
Datuk Bandar Alor Setar Datuk Abdul Gafar Yahya berkata tindakan tegas termasuk membatalkan serta merta tapak bazar Ramadan yang telah diberikan akan dilakukan sekiranya didapati berbuat demikian.
"Kita penguatkuasa (MBAS) kita ada sistem yang ada tanda dan kod bar yang kita boleh mengenal pasti peniaga berdaftar untuk bazar Ramadan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat kepada peniaga tapak bazar Ramadan,di Dewan MBAS di sini.
Pada masa sama penguat kuasa akan memperketat pemantauan bagi memastikan hanya peniaga berdaftar diberi ruang untuk berniaga di tapak bazar Ramadan.
Selain penguat kuasa MBAS,penyelia yang ditugaskan serta ahli majlis di setiap zon turut dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemantauan bagi mengelakkan sebarang ketirisan dalam pengagihan tapak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur