2025-02-20 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,20 Februari – Kerajaan memberi jaminan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan terus diperkasa,termasuk dalam bidang pertanian.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVETN) berkata kadar kebolehpasaran graduan TVET secara purata nasional kini mencecah 94.5 peratus.
"Graduan daripada institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mencatatkan kadar kebolehpasaran 98.7 peratus,manakala bidang pertanian mencatatkan 80 peratus," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Padang Terap,Nurul Amin Hamid,di Dewan Rakyat,hari ini.
Beliau menegaskan,kerajaan akan memberikan tumpuan lebih besar bagi memastikan pembangunan TVET dalam bidang pertanian dan bukan pertanian terus diperkasakan.
“Insyallah,saya akan meneliti perkara ini,dan Majlis TVET Negara yang diletakkan di bawah tanggungjawab saya akan memastikan bidang seperti juruteknik pertanian dan jurutera diberikan keutamaan,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur