2025-02-20 IDOPRESS

Poster Temasya 60 Tahun JOHORfm
JOHOR BAHRU,20 Februari- Stesen radio JOHORfm terus berperanan sebagai medium penyaluran maklumat dan agenda kerajaan kepada rakyat,seiring usia stesen itu yang kini memasuki enam dekad.
EXCO Penerangan dan Pendidikan,Aznan Tamin berkata,kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha dilakukan Johorfm untuk kekal relevan sebagai media dipercayai selain memperkasa program sedia ada.
"Tidak kisah apa pun platfom,JOHORfm kena lakukan semua program melalui media sosial untuk menarik minat golongan muda. Johorfm perlu mula fikirkan segmen-segmen yang perlu diletakkan dalam JOHORfm terutamanya untuk golongan muda," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau sebelum itu hadir merasmikan Bazar 60-an di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar di sini sempena Temasya 60 Tahun JOHORfm,yang bermula hari ini.
Temasya yang dianjurkan secara besar-besaran itu dipenuhi dengan lebih 30 program bermula pagi tadi hingga Ahad nanti.
Selain bazar 60-an,turut diadakan Forum Perdana Ehwal Islam,Jualan Rahmah,Stesen Radio Berkembar dan Konsert Rock-dangdut.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur