2025-02-20 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 Februari- Meskipun kerajaan tidak bercadang menyediakan insentif khusus kepada golongan B40 untuk pemasangan panel solar pada bumbung,namun kerajaan mengambil pendekatan pemberian rebat elektrik kepada golongan itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,ia berikutan tahap penggunaan golongan itu di rumah amat rendah selain melibatkan kos pemasangan yang tinggi.
"Kita beri kepada mereka ialah rebat sebab penggunaan tenaga mereka mungkin kurang jadi ia tidak untuk mereka memasang solar di bumbung. Pendekatan kerajaan adalah dengan memberikan rebat kepada kumpulan B40 supaya dapat mengurangkan bil bayaran mereka" katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abd Kadir berkenaan inisiatif kerajaan dalam untuk membolehkan pemasangan solar kepada golongan B40.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur