2025-02-21 HaiPress

Datuk Seri Amirudin Shari
SHAH ALAM,21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar di Mesir yang melanjutkan pengajian tinggi di negara itu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata,ia berikutan proses pembelian bangunan di negara itu sangat rumit,usaha tersebut akan dimulakan dengan konsep menyewa rumah milik negeri lain.
"Untuk pembelian prosesnya sangat rumit,kita juga bimbang tetapi apabila melihat rekod negeri lain sebelum ini,kadang kala tidak selesai proses perubahan dan peralihan hak milik tanah dan sebagainya.
"Ada negeri berjaya,ada yang tidak berjaya dengan proses tersebut tetapi kita kena berhati-hati sebab itu kita mulakan dengan sewaan aset milik negeri lain atau sebagainya untuk menambah kediaman pelajar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini.
Bagaimanapun kerajaan negeri tekad mengumpul wakaf tunai untuk mempertingkatkan kemudahan pelajar di Asia Barat terutamanya di Mesir.
Terdahulu,Amirudin menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Wakaf Selangor bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) bertujuan memperkasa kutipan wakaf tunai dan memudahkan pencarum bank melazimi ibadah wakaf.
Pada majlis sama,sebanyak 10 syarikat berkaitan kerajaan termasuk swasta menyalur sumbangan sejumlah RM700,000 bagi kegunaan dana wakaf negeri Selangor.
Amaran ribut petir, angin kencang di 10 negeri, Wilayah Persekutuan
Tan Sri Ayob Khan dinobat Tokoh Wira Negara
F1: Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September
Operasi pemadaman kebakaran kawasan Jalan Bypass Sebana Cove dipergiat
Cinta Rasulullah perlu diterjemaah melalui penghayatan sunnah
PRN Melaka: Datuk Seri Amirudin diberi mandat perincikan kerjasama PH, BN
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur