2025-02-21 HaiPress

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak
KUCHING,21 Februari- Seramai 15 individu daripada dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman di Kampung Siol Kandis,di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak,Alimaddia Bukri berkata,kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
"Ia berpunca daripada kebakaran di sebuah rumah sebelum terus merebak ke dua buah rumah bersebelahan. Namun tindakan pantas bomba,berjaya mengawal api daripada terus merebak dan menyebabkan rumah ketiga mengalami 10 peratus kerosakan," kataAlimaddia.
Alimaddia turut mengesahkan seorang mangsa,lelaki berusia 23 tahu turut mengalami sesak nafas dan hipotermia ketika cuba menyelamatkan harta benda miliknya.
Mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Seramai 25 anggota dariBalai Petra Jaya,Padungan dan Batu Lintangbersama dua jentera pemadam dikerah ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran itu.
Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.00 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur