2025-02-21 HaiPress

Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang
GEORGE TOWN,21 Februari- Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun,Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy,tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Anuar Abdul Rahman berkata ia berdasarkan laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik,Hospital Pulau Pinang pagi ini.
"Polis masih menunggu laporan lengkap punca sebenar kematian mangsa. Setakat ini kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohammad Fahmi Hafiz yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula itu Selasa lepas,meninggal dunia kira-kira 11 malam tadi di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.
Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sungai Dua,Butterworth itu dipercayai membeli dua biji gula-gula terbabit sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur