2025-02-21 HaiPress

Penduduk Mukim Jerek mengharapkan agar kerajaan dapat mempercepatkan pembinaan jalan baharu Gua Musang-Jeli / Foto RTM
GUA MUSANG,21 Februari – Lebih 3,000 penduduk di sekitar Mukim Jerek di sini berharap agar projek pembinaan jalan baharu di Kilometer 35,Jalan Gua Musang-Jeli dapat dipercepatkan bagi kemudahan pengguna menjelang sambutan Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Jerek,Abd. Razak Ramli berkata,laluan terbabit menjadi sangat sibuk setiap kali musim perayaan dan cuti sekolah.
Menurutnya,sejak lebih dua bulan lalu,penduduk tempatan serta pengguna jalan raya terpaksa menggunakan laluan sementara yang berisiko kerana strukturnya diperbuat daripada batu dan kayu balak.
"Jalan itu mengalami tanah runtuh,jadi kita buat laluan sementara. Namun,saya bimbang dengan keselamatan pengguna,terutama menjelang musim perayaan," katanya.
Seorang penduduk,Abdul Wahab Salleh,turut menyuarakan harapan agar pembinaan jalan baharu itu dapat disegerakan oleh pihak kerajaan.
"Jalan ini menjadi semakin sibuk ketika musim perayaan. Kalau boleh,percepatkan pembinaannya. Kami bukan mendesak,tetapi inilah harapan kami," katanya ketika ditemui RTM.
Sementara itu,Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan,Ir. Nik Soh Yaacoub,ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak konsesi akan memulakan kerja membaik pulih permukaan jalan serta cerun runtuh di lokasi berkenaan pada minggu hadapan.
Menurutnya,kerajaan memperuntukkan lebih RM4 juta untuk kerja baik pulih tersebut,dan projek pembinaan dijangka siap serta boleh dilalui oleh semua kenderaan sebelum Aidilfitri.
Sebelum ini,media melaporkan lebih 3,000 penduduk di lapan buah kampung sekitar Mukim Jerek terjejas akibat runtuhan Jalan Gua Musang-Jeli yang menjadi penghubung utama mereka. Kejadian itu berpunca daripada mendapan tanah dan tanah runtuh susulan hujan berterusan pada hujung November tahun lalu.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur