2025-02-21 HaiPress

Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak akan menjejaskan aspek keselamatan lapangan terbang di negara ini / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,21 Februari – Kementerian Pengangkutan (MOT) menegaskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak akan menjejaskan aspek keselamatan lapangan terbang di negara ini.
Menurut MOT,jaminan itu berdasarkan kerjasama erat antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),MAHB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan berada pada tahap terbaik.
Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen,MOT turut menjelaskan kerajaan tidak menjual saham dalam MAHB.
Sebaliknya,syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd,anak syarikat Khazanah Nasional Bhd,akan meningkatkan pegangan saham terkumpul mereka daripada 41 peratus kepada 70 peratus.
“MAHB akan kekal sebagai aset strategik negara walaupun diswastakan,dengan peranannya tertumpu kepada pengoperasian lapangan terbang di bawah seliaannya,” menurut kenyataan itu.
MOT turut memberi jaminan kedaulatan dan kepentingan negara akan terus terpelihara memandangkan pemilikan majoriti masih dipegang oleh syarikat GLIC.
Selain itu,Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan akan mengekalkan pegangan saham khas dalam MAHB bagi memastikan kepentingan strategik negara terus terjamin.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur